smlm aku belek2 paper2 msia kat internet..tiba2 mata aku terlihat citer2 hot yg aku tertarik untuk baca..hahaha..apa lagi pasal penentuan tarikh konvokesyen kami kat msia ler ex-pelajar UDM.(Hot macam artis nak announce tarikh nikah plak kan!!)....bayangkanlah kami menanti tanpa kepastian umpama menunggu bulan jatuh ker riba..hahah...:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htmGraduan UDM kempunan - 1,800 pelajar tak merasa pakai jubah konvokesyen
Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my
SEORANG pelajar UDM Kuala Terengganu menjadikan laman sembang bagi memperkatakan masalah konvokesyen universiti itu yang masih tidak diketahui tarikhnya.
KUALA TERENGGANU – Selepas menamatkan pengajian di sesebuah pusat pengajian tinggi, pastinya setiap pelajar akan begitu teruja untuk melalui upacara konvokesyen sebagai menandakan tamatnya pengajian.
Namun bagi 1,800 graduan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di sini, impian memakai jubah konvokesyen dengan memegang skrol akademik di atas pentas sambil disaksikan ibu bapa, hanya setakat menjadi impian sahaja.
Ini kerana, selepas tiga tahun dinaik taraf sebagai universiti (dulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin atau KUSZA), tiga kumpulan graduannya masih menanti-nanti majlis konvokesyen mereka.
Malah, kakitangan universiti itu juga tidak dapat memberikan jawapan tepat bila majlis untuk graduan bagi ketiga-tiga sesi tersebut akan diadakan.
Ini sekali gus membuatkan graduan terbabit tertanya-tanya sama ada mereka berpeluang atau tidak untuk meraikan hari bermakna selepas penat lelah belajar di universiti itu.
“Bila tanya saja, staf akan senyum tapi tiada jawapan dan ini sungguh mengecewakan.
“Entahlah, saya dengar nak buat bulan Ogos atau Disember ini untuk semua pelajar yang dah ‘grad’ sejak 2007 tapi belum ada keputusan rasmi,” kata salah seorang graduan, Siti Muslihah Yusoff, 23, kepada Kosmo! baru-baru ini.
Katanya, dia teringin sangat hendak melalui saat-saat konvokesyen seperti rakan-rakan dari universiti lain, malah jiran terdekat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak pernah gagal mengadakan majlis itu setiap tahun.
Lebih mengecewakan katanya, apabila mereka sekadar mengambil transkrip di pejabat di universiti, itupun kadangkala berdepan pelbagai masalah lain.
“Bukan sahaja tak dapat konvo tetapi transkrip akademik pun susah nak dapat, kena turun naik pejabat Hal Ehwal Pelajar beberapa kali baru dapat,” rungutnya.
Dalam pada itu, jelasnya, beberapa rakan dari fakulti lain lebih malang kerana masih belum mendapat transkrip akademik walaupun sudah lama menamatkan pengajian mereka.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
and ini pula janji Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UDM, Dr. Mohd. Afandi Muhamad:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htmMajlis konvokesyen selepas Canselor dilantik
KUALA TERENGGANU – Majlis konvokesyen Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) diadakan selepas Canselor universiti itu dilantik tidak lama lagi, demikian jaminan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.
Menurut Idris, urusan pelantikan Canselor telah dibincangkan oleh kementerian dan dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
“Saya yakin konvokesyen tetap diadakan tahun ini juga. Jadi, saya minta semua graduan UDM bersabar.
“Walaupun ia hanya majlis spiritual tanda tamat pengajian, kita tidak akan mengecewakan graduan dan tetap mengadakannya kerana ia hari bermakna buat mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.
Jelasnya, bagaimanapun tarikh sebenar majlis itu adalah terpulang kepada pihak pentadbiran UDM untuk menentukannya.
“Graduan juga tak perlu risau kerana mereka masih boleh mendapatkan transkrip akademik mereka seperti biasa daripada pihak universiti,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UDM, Dr. Mohd. Afandi Muhamad berkata, pihaknya menjangka konvokesyen boleh diadakan selewat-lewatnya Oktober ini.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
Harap2 biar menjadi lah yer..jangan janji tinggal janji...kadang2 pelajar ex UDM nih redha jer tak konvo pon x per ler..janji dapat transkript and siji graduasi awal......